.

Monday, November 2, 2009

Tahniah & Selamat Menghadapi Imtihan

Tahniah F5!!!

Kerana sekali lagi berjaya menganjurkan pameran yang hebat!!!

Memang korang semua ada bakat jadi cikgulah!!!

Sorotan Sempena Pameran Crime Scene Investigation (C.S.I) di SK Pakatan Jaya, Ulu Kinta, Perak


Cikgu Azrul : Apa tengok-tengok lagi tu!! Isilah cepat!! Bagi karang baru tau!!!




Murid : Mak ai, bang susah gilerr...soalan ni...macam nak jawab periksa UPSR je...



Cikgu Nadiah : Ni tapak kasut yang dijumpai di tempat kejadian tau...!!!
Cikgu Azah : Ha..ha...!!!Jangan sentuh...tengok ja...aku cepuk karang



Cikgu Fatul : Mai..mai...tengok..barang murah..barang murah...tak jumpa mane2 ni...beli satu dapat percuma dua...mai...mai!!!
Cikgu Azmi : Macam barang siam je bang??!!!
Cikgu Wawa : Ok anak2..jangan berebut...
Cikgu Sahana : ....... (penat berjalan)




Cikgu Jiji : OK, hari ni cikgu nak umukan sesuatu...tak lama lagi cikgu nak kahwin!!!
Cikgu Amalina : Apa!!! (melepas aku)


Juga selamat berjaya kepada anda semua dalam imtihan (peperiksaan) yang akan menjelang minggu depan:

9 / 11 /09 : EDU3105 - Teknologi dalam Pembelajaran dan Pengajaran (2.30 - 5.00 ptg)

11/ 11 / 09 : SCE3107 - Ecosystem and Biodiversity ( 8.30 - 10.00 pg)

12 / 11 / 09 : SCE3108 - Planning for Teaching Primary Science ( 8.30 - 10.00 pg)

18 /11 / 09 : PJM3110 - Pedagogi dan Kurikulum Pendidikan Jasmani (2.30 - 5.00 ptg)

19 / 11 / 09 : ELE3102 - Principle of Teaching English Language ( 8.30 - 10.00 pg)

Untuk Sahabat-Sahabat Semua.....



Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)






(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
)



Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"



Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan






(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)



Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)



Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan






(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit
) 3 kali



Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)



Doa memohon kejayaan cemerlang - dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.







(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')



Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

Read more...

Good LUck Exam

salam..
tok sume kwn2..
good luck ae exam..
buat yg t'baik..
smga kt sume dpt flying colours....
sm2 doakn kjyaan b'sama.............
huhuhu...takoooooooooootttttttttttttt

Read more...

Friday, October 23, 2009

who am i?

salam...
nice to keep in touch with................

Read more...

EXAM!!!!

Entry ni khas ditujukan kepada mahasiswa2, pelajar2 n cikgu2 yg akan menduduki exam next week and above...wah...mesti semua dah tak sabar nak jawab periksa kan???

Teristimewa kpd mahasiswa2 IPG yg akan mula menduduki exam 9 hb ni...jawablah sehabis baik ye...

Kat sini ada sikit perkongsian sebagai penghibur hati....

Cara Murid Afganistan Jawab Exam...

Memang x boleh meniru....hehe



Wah..bestnya tidur time jawab exam...x bestnya time dapat result...



Agak2 x leh jawab sangat..jawablah macam ni...


Agak2nya apelah miss kua akan buat kalau korang jawab camni???



Inilah jawapan seorang yg ambik PhD (Parmenent Head Damage)..huhu


Tulisan cam azrul...


Sahabat-sahabatku...
selamat menempuhi perjuangan dalam akademik pula,
tingkatkan usaha, kuatkan tawakal dan banyakkan berdoa,
InsyaAllah kejayaan dalam genggaman...

Selamat Menjawab!!!!

Read more...

fakta

FAKTA MENARIK
• Benjamin Franklin anak bongsu keturunanke-5 dalam keluarga bongsu.

• Triskaidekapphobia adalah ketakutanpada angka 13. Paraskevidekatriaphobiaadalah ketakutan pada hari Jumaatbertarikh 13 (boleh terjadi antara 1-3 kali setahun).Di Itali, 17 adalah angka sial. Di Jepun angka sial adalah 4 dan 14.

• Panjang lidah zirafah adalah sekitar 50cm.

• Mulut menghasil 1 liter ludah setiap hari.

• Kita bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari.

• Kata ZIP (poskod) merupakan ringkasan dari‘Zonong Improvement Plan’

• Coca-Cola mengandungi Coca ( yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sampai 1903.

• Rata-rata kita bercakap 5000 patah perkataansetiap hari (walaupun 80% daripadanya bercakap dengan diri sendiri).

• Seandainya kuota air dalam badan kita kekurangan 1% kita akan berasa haus.

• Empat symbol raja pada kad terup melambangkan empat raja yang terkenal di zaman masing-masing. David, Elexander tha Great, Charlemagne dan Julius Caesar.

• Seumur hidup, kita meminum air sebanyak 75,000 liter.• Setiap orang, termasuk kembar, cap jari termasuktekstur lidahnya tidak sama.

• Titik merah pada logo 7-up berasal dari pengasasnyayang bermata merah. Dia seorang albino.

• Lelaki kehilangan 40 rambut setiap hari. Wanita 70 helai.

• Tanda ‘save’ pada program Microsoft Officemenunjukkan gambar floppy disk dengan shutter terbalik.

• Ablest Einstein dan Charles Darwin, kedua-duanyaberkahwin dengan sepupu pertama mereka.

• Unta mempunyai tiga kelopak mata.

Read more...

Jenis Manusia

Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini.
Pertama - belajar daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman. Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan dalam hidup.
Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri.

Jenis manusia manakah kita?...

Read more...

Secalit Tahniah~

Assalamualaikum smua...
Huish... lega rasakan bila sesuatu yang telah di pertanggungjawabkan kepada kita dapat dilaksanakan dengan selamat dan jayanya.. itulah sedikit gambaran bagaimana perasaan kami semua apabila amanah yang di berikan oleh Jabatan Sains kepada kami berkenaan dengan Pertandingan Inovasi Peringkat IPG IPOH telah selesai di laksanakan... syukur alhamdullillah kerna apa yang di rancang telah berjalan dengan lancar dan penuh keredaan dari ILAHI..
Sebenarnya pertandingan Inovasi tersebut bukanlah semata-mata nak menyertai pertandingan dan merebut tempat ke-3, naib Johan @ Johan je tau, tp sebenarnya di sebalik perkataan "Pertandingan" tu terdapat berjuta kelebihan kepada semua... tak kira la orang yang menganjurkan ke, yang merancang ke, yang menguruskan ke, yang melawat ke, yang ambik gambar ke o yang macam2 la... maka rugilah kepada sesiapa yang tidak tahu menilai ape sebenarnya yang tersembunyi di sebalik pertandingan nie...
Bagi saya pertandingan inovasi pada kali ini cukup bermakna kepada rakan-rakan IPG IPOH terutamanya kepada keluarga tersayang PISMP F5... emmm... nak tau kenapa? haa..... mai nak habaq mai... Melalui menda-menda macam nie la yang sebenarkan akan mengeratkan perhubungan kami adik-beradik sekeluarga supaya bertambah akrab antara satu sama lain.. Apa yang telah kita semua lalui membuatkan saya bertambah cintakan anda semua (lop U all guyz).... Juga tak boleh nak di sangkal kan lagi la, aktiviti2 mcm nie sebenarnya juga akan membuatkan perhubungan kita dengan akak2, abg2 senior dan juga adik2 junior bertambah utuh lagi.. lagi satu, lecturer pun akan seronok bile tengok anak2 didikannya sudah boleh berdikari dengan sesuatu yang macam nie...
Apa yang penting sekali, sebagai seorang bakal guru kita hendaklah cuba untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak didik di sekolah nanti... sebelum tu, kita sendiri mesti la mempersiapkan diri kita supaya boleh melakukan yang terbaik nanti... macmmane tu??? macammane lg, mcm nie la.... dengan menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak2 institut atau pihak2 yang lain sebenarnya kita sedang melatih diri kita untuk jadi yang terbaik...
Untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, kita mestilah bijak dalam semua perkara.. errkkk... maksudnya kita nie kena jadi seorang yang kreatif la semasa mengajar nanti... nak suruh jadi pelakon? orite... menyanyi?? ok jer.... Penyajak??? boleh gak... Menari???? ahh... senang je... Ahli sukan?? apa salahnya... Penyiasat??? settle... haa.... itulah beberapa contoh mcmmane nk jadi kreatif... maksudnya kita cekgu-cekgi nie kenalah bersikap fleksible di dalam kelas... baru la pelajar enjoy semasa proses pengajaran dan pembelajaran tu...
O.k la, rasanya setakat ini sahaja dulu bagi percubaan pertama saya menulis dalam blog nie k... harap2 lepas nie, penulisan ini akan menjadi lebih berinformasi dan mantap lagi lepas mendapat sebarang komen dan nasihat dari rakan-rakan yang membaca... bye.. (O_*)

Read more...

Teachers To Be

Teachers To Be

Science Sensei

Science Sensei

Science Fair 2008

Science Fair 2008

Hijrah & Masihi

Time is Tide

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP