Thursday, March 15, 2012

Kami Dah Grad!!!

Alhamdulillah dengan izin Allah, kami seramai 19 orang bekas pelatih guru PISMP Sains Ambilan Januari 2008 telah selamat bergraduasi dengan jayanya. Akhirnya sekeping ijazah berjaya digenggam setelah melalui pelbagai pengalaman dalam pengajian selama 5 tahun setengah di IPG Kampus Ipoh. Tahniah semua kawan2!!!

Tribute Untuk Keluarga Kami

Kami menerima ijazah di sidang ketiga konvokesyen di PICC pada 14 Mac 2012 (Rabu) dan semua diiringi oleh keluarga masing-masing berkongsi kegembiraan kami. Tanpa didikan, asuhan, pengorbanan material dan kasih sayang entah apalah nasib kami...mungkin ada juga yg akan berterima kasih kpd mak dan ayah kerana memaksanya menjadi cikgu dulu...=)

Tidak lupa pensyarah-pensyarah dari IPGK Ipoh turut hadir antaranya Ketua Jabatan Sains IPGKI, Tn Hj Lokmanhakim b Ab Wahid yg menjadi wakil tunggal Jabatan kesayangan kami Jabatan Sains, En. Zulkifli, Pn Radiah dan beberapa orang lagi.

Tribute Untuk Pensyarah Kami

Terima kasih yg tak terhingga kepada guru-guru kami atas didikan dan tunjuk ajar selama 5 tahun setengah di kampus Ipoh sehingga kesemua kami kini bergelar pendidik. Tanpa nasihat, teguran, sokongan dan leteran anda para pensyarah kami terutama pensyarah-pensyarah Jabatan Sains berkemungkinan kami tidak dapat menggenggam ijazah hari ini...terima kasih:

....Tn Hj Lokman, Pn Enchum, Cik Hjh Norhayati, Dr Ooi, Miss Ho, En. Manimaran, En. Kao, Pn Badariah, Pn. Rajeswari, Miss Kua, Pn Hafsah, Pn Noraini, Mr Mah, Pn Hasnira, En Taufik dan ramai lagi yg tak tersebut di sini...hanya Allah sahaja yang dpt membalas jasa dan pengorbanan anda semua!!!

Tribute Untuk Kami

Mendapat segulung ijazah diharap bukan penamat kepada perjuangan mencari ilmu, yg sebenarnya tiada noktah atau penamat untuk terus belajar sehingga kita menemuiNya....dan semoga hubungan antara kita semua terus kekal selama-lamanya, teruslah membantu sesama kita..GO F5!!!


Educate! Inspire! Evolve!

F5 Forever


F5 di hari konvokesyen, gambar kenangan sampai bila-bila, once a lifetime moment
(tiada dalam gambar Midat, Mizah dan Saleh)



....Cikgu Faa'iza....


Aina cikgu KL...


Orang Sarawak, Cikgu Azmi...

Cikgu yang gembira sokmo, Cikgu SK Taman Gembira, Cikgu Nadiah...


Cikgu soho cikgu eyie...



OKB...Cikgu Izzat..


Bakal GB...Cikgu Hazizi...


Cikgu Mina, Wawa dan Sahana....maintain


Cikgu Azah kiri sekali bakal bergelar ibu bersama bakal pak cik dan mak cik-mak cik, Cikgu Pok Jak, Mina, Wawa, Sahana....


Cikgu dr N.Sembilan, KL, Selangor dan Sarawak



Abang besar seberang...Cikgu Fatul...


......Cikgu Rafiq.....


Cikgu Midat...tiga dari kiri....





Tuesday, February 7, 2012

Discrepant Event - Roket Panadol

Matapelajaran: Sains
Tajuk : Daya

Bahan-bahan yang diperlukan:

1) 35 mm bekas filem kamera dan penutupnya
2) Kad manila (untuk roket)
3) Pita selafon
4) 1 tablet 'Panadol Soluble'
5) Air


Pembuatan Roket:

1) Badan (6x9) cm
2) Kon (diameter 4.5 cm)
3) Sirip (1.5 x 1.5) cm




Prosedur :

1) Balut manila kad dan dapatkan bentuk roket yg betul2 muat dengan bekas filem

2) Lekatkan dengan pita selafon supaya berbentuk silinder

3) Lekatkan sirip pada badan roket

4) Bulat bulatan untuk memudahkan untuk membuat kon atau hujung roket

5) Lekatkan kon kepada badan roket dan

6) Siap sudah roket anda!

7) Masukkan air 1/2 atau 1/3 air ke dalam bekas filem.

8) Masukkan sebiji tablet panadol soluble ke dalam bekas filem tadi dan tutup dengan kemas. Dengan cepat tutup bekas filem dengan roket dan undur beberapa langkah.

9) Roket anda telah terbang ke udara

Langkah Berjaga-jaga:
- Jangan menghampiri roket sebelum ia berlepas kena muka baru tahu =)

Penerangan Sains:

Newton's Third Law : every action there is an equal and opposite reaction ~ Setiap tindakan akan diikuti dengan tindak balas yang sama atau bertentangan dengan tindakan tadi.


Penerapan Nilai:

Cuba bayangkan kalau Allah buat semua tindakan kita tiada tindak balas ibarat bercakap seorang diri, roket tak boleh terbang walau sebanyak mana sekalipun bahan api yang digunakan, kereta tak leh bergerak...Alhamdulillah, masyaAllah, ajar anak murid bersyukur

Discrepant Event - 'Telur Masuk Sendiri Dalam Bekas'

Matapelajaran : Sains
Tajuk : Daya

Bahan-Bahan Yang Diperlukan:
1) Telur rebus
2) Kelalang Kon
3) Mancis
4) Kertas

Prosedur:

1) Telur rebus dikupas kulit kemudian diletakkan di atas mulut kelalang kon. Tanpa apa-apa daya/ditekan telur tersebut tidak akan dapat masuk ke dalam kelalang kon.

2) Koyak sedikit kertas dan bakar, dengan berhati-hati masukkan dengan ke dalam kelalang kon. Kemudian, dengan cepat letakkan telur tadi semula di atas mulut kelalang kon.

3) Telur tersebut dengan sendiri akan masuk ke dalam kelalang kon!






Penerangan Sains:

Apabila kertas dibakar dan dimasukkan di dalam botol, memanaskan molekul udara di dalam botol menyebabkan ia menjauhi antara satu sama lain. Apabila telur diletakkan di atas mulut kelalang kon, api akan padam menyebabkan berlakunya fenomena 'Vakum Separa' / Partial Vacuum. Apabila ini berlaku secara sendirinya molekul udara dari luar botol akan ditekan untuk masuk ke dalam botol untuk mengisi kekosongan udara disebabkan 'Vakum Separa'. Tetapi telur menghalangnya masuk ke dalam kelalang kon, disebabkan tekanan udara di luar lebih tinggi menolak telur ke dalam botol. Telur jatuh ke dasar kelalang kon disebabkan juga tindakan graviti.

Penerapa Nilai

Hebat aturan Allah, sesuatu yg kosong pasti secara automatik akan diisi, atau diseimbangkan. Contohnya, kalau kita membaling sesuatu ke udara, pasti akan jatuh semula, cuba bayangkan kalau ia tidak jatuh2. Sama juga bila kita buat sesuatu yg baik ada ganjarannya, contohnya solat, kita hilang tenaga dan masa tapi pada masa kita 'gain' pahala untuk mengisi 'Vakum Separa' yg telah hilang tadi. Semuanya milik Allah =) Ajar anak murid menghargai nikmat dan ciptaan Tuhan

Cornstarch Experiment: (Quicksand / Pasir Jerlus Buatan)

Matapelajaran: Sains
Tajuk : Sifat-Sifat Jirim (State of Matter)

Bahan-bahan yang diperlukan:
1) Tepung jagung
2) Air
3) Mangkuk plastik


Prosedur:
1) Masukkan tepung jagung ke dalam mangkuk plastik kira2 dan larutkan dalam air. Nisbah tepung dengan air ialah 1-1/4 tepung dengan 1 cawan air. (Pandai-pandai agak biar tepung tu dalam keadaan tak cair dan tak keras sangat)



2) Uli dengan tangan. Kemudian, bentukkan tepung menjadi bulat dengan tangan. Anda akan dapati tepung tu keras.





3) Kemudian, cuba lepaskan genggaman tangan. Tepung tadi akan cair.



Penerangan Sains:

The way that a liquid flows or moves is affected by its viscosity. Quicksand and the cornstarch-water mixture are both non-Newtonian fluids, meaning that their viscosity changes with the type of force applied to it. Unlike quicksand, the viscosity of Newtonian fluids (fluids, such as water and honey, that follow Sir Isaac Newton's law of viscosity) is dependent only on the temperature and pressure of the fluid, not the force applied to it. For instance, warm honey flows much more freely (less viscous) than cold honey (more viscous).

Since the ability of a non-Newtonian fluid to move depends on the force or stress applied to it, these fluids do not act like ones we are more familiar with (e.g. water). A light pressure, such as pouring or gently pressing the cornstarch-water mixture, allows it to move like a liquid. But a high pressure, such as punching firmly, causes the cornstarch-water mixture to act as a solid. This same principle applies to quicksand. When it is lightly stepped on by the unaware adventurer, the quicksand liquefies and the foot of the adventurer starts to sink. Panicking, the adventurer tries to quickly pull his or her foot out, only to find that now the quicksand is acting like a solid, encasing the foot all the more firmly in this unpredictable substance. Ada faham???

Tips tersangkut dalam pasir jerlus:

But don't worry about get sucked down into quicksand like you see in the movies. Although humans do initially sink when they first enter quicksand, they cannot sink all the way (only to about chest deep). This is because humans are less dense than quicksand. One way to get out of quicksand is to lay back on it and float, much like you would do in regular water. If you have just a foot stuck in quicksand, gently move the foot back and forth, adding water along the side of your leg. This will help the quicksand to act more like a liquid and release your foot.

Last but not least..MasyaAllah hebat ciptaan Allah =) Selamat mencuba

For Teachers Only


We Are F5