Showing posts with label Hari Bahagia. Show all posts
Showing posts with label Hari Bahagia. Show all posts

Thursday, March 15, 2012

Kami Dah Grad!!!

Alhamdulillah dengan izin Allah, kami seramai 19 orang bekas pelatih guru PISMP Sains Ambilan Januari 2008 telah selamat bergraduasi dengan jayanya. Akhirnya sekeping ijazah berjaya digenggam setelah melalui pelbagai pengalaman dalam pengajian selama 5 tahun setengah di IPG Kampus Ipoh. Tahniah semua kawan2!!!

Tribute Untuk Keluarga Kami

Kami menerima ijazah di sidang ketiga konvokesyen di PICC pada 14 Mac 2012 (Rabu) dan semua diiringi oleh keluarga masing-masing berkongsi kegembiraan kami. Tanpa didikan, asuhan, pengorbanan material dan kasih sayang entah apalah nasib kami...mungkin ada juga yg akan berterima kasih kpd mak dan ayah kerana memaksanya menjadi cikgu dulu...=)

Tidak lupa pensyarah-pensyarah dari IPGK Ipoh turut hadir antaranya Ketua Jabatan Sains IPGKI, Tn Hj Lokmanhakim b Ab Wahid yg menjadi wakil tunggal Jabatan kesayangan kami Jabatan Sains, En. Zulkifli, Pn Radiah dan beberapa orang lagi.

Tribute Untuk Pensyarah Kami

Terima kasih yg tak terhingga kepada guru-guru kami atas didikan dan tunjuk ajar selama 5 tahun setengah di kampus Ipoh sehingga kesemua kami kini bergelar pendidik. Tanpa nasihat, teguran, sokongan dan leteran anda para pensyarah kami terutama pensyarah-pensyarah Jabatan Sains berkemungkinan kami tidak dapat menggenggam ijazah hari ini...terima kasih:

....Tn Hj Lokman, Pn Enchum, Cik Hjh Norhayati, Dr Ooi, Miss Ho, En. Manimaran, En. Kao, Pn Badariah, Pn. Rajeswari, Miss Kua, Pn Hafsah, Pn Noraini, Mr Mah, Pn Hasnira, En Taufik dan ramai lagi yg tak tersebut di sini...hanya Allah sahaja yang dpt membalas jasa dan pengorbanan anda semua!!!

Tribute Untuk Kami

Mendapat segulung ijazah diharap bukan penamat kepada perjuangan mencari ilmu, yg sebenarnya tiada noktah atau penamat untuk terus belajar sehingga kita menemuiNya....dan semoga hubungan antara kita semua terus kekal selama-lamanya, teruslah membantu sesama kita..GO F5!!!


Educate! Inspire! Evolve!

F5 Forever


F5 di hari konvokesyen, gambar kenangan sampai bila-bila, once a lifetime moment
(tiada dalam gambar Midat, Mizah dan Saleh)



....Cikgu Faa'iza....


Aina cikgu KL...


Orang Sarawak, Cikgu Azmi...

Cikgu yang gembira sokmo, Cikgu SK Taman Gembira, Cikgu Nadiah...


Cikgu soho cikgu eyie...



OKB...Cikgu Izzat..


Bakal GB...Cikgu Hazizi...


Cikgu Mina, Wawa dan Sahana....maintain


Cikgu Azah kiri sekali bakal bergelar ibu bersama bakal pak cik dan mak cik-mak cik, Cikgu Pok Jak, Mina, Wawa, Sahana....


Cikgu dr N.Sembilan, KL, Selangor dan Sarawak



Abang besar seberang...Cikgu Fatul...


......Cikgu Rafiq.....


Cikgu Midat...tiga dari kiri....





Thursday, January 26, 2012

Kami Dah Posting!


Tanggal 9 Januari 2012, maka termaktublah spt mana dalam lauh mahfuz, graduan-graduan PISMP Sains F5 telah menerima negeri penempatan masing-masing...alhamdulillah, semua dapat posting kecuali seorang yang terpaksa 'hold' dulu, semoga semuanya berjalan lancar untuk kawan kta sorang ni...

Macam-macam perasaan ada, yg pasti ramai tak boleh tidur malam tu slps keputusan diumumkan pada jam 12 tengah malam. 16 Januari 2012 adalah tarikh untuk semua mendaftar di JPN negeri masing-masing dan melapor diri di sekolah-sekolah masing-masing kecuali yang dapat Sarawak...diorang lambat sikit

Berikut merupakan data akhir sekolah penempatan cikgu-cikgu F5, alhamdulillah semua dah berjaya jadi cikgu, penat jerih selama 5 tahun setengah ini biarlah berbaloi, mendidiklah dengan sebaiknya dan bukan sekadar mengajar sahaja, maka dengan ini bermulalah Fasa Kedua untuk budak-budak F5 iaitu Fasa Sebagai Pendidik, semoga semuanya dalam rahmat dan keberkatan Ilahi....F5 Forever!!!

Kuala Lumpur
1) Muhammad Rafiq Razali - SK Sentul Utama, Jalan Ipoh, K.L
2) Muhammad Salehuddin Ahmad - SK Taman Midah 2, Cheras, K.L
3) Nor Wahidah Hasim - SK Datok Keramat 1, Keramat, K.L
4) Nuraina Abu Bakar - SK Desa Setapak, Tmn Desa Setapak, K.L
5) Sahana Sahidan - SK Convent Sentul 1 (M), Jalan Tanah Lapang, K.L

Sarawak
1) Muhammad Ehsan Halim - SK Abang Abdul Rahman, Saratok, Sarawak
2) Hasmiyuhairi Yusoff - SK Bukit Mawang, Sebauh, Sarawak
3) Fatul Muin Azizan - SK Nanga Penyarai. Tatau, Sarawak
4) Izzat Asyraf Ab Aziz - SK Nanga Jambu, Julau, Sarawak
5) Azmi Mohaidin - SK St Alphonsus (M), Julau, Sarawak
6) Mohd Azrul Azuan Mohd Asri - SK Kg Samarang, Pusa, Sarawak
7) Nor Azah Sarip - SK Kg Luak, Miri, Sarawak

Selangor
1) Nur Hazizi Amir Hamzah - SK Sri Langat, Banting, Selangor
2) W. Mohd Izzat W. Norazmee - SK Pulau Indah, Pel. Kelang, Selangor
3) Nadiah Ahmad - SK Taman Gembira, Klang, Selangor
4) Asmidar Ahmad - SK Assunta 1, PJ, Selangor
5) Nor Hamizah Saidin - SK Jalan Bukit Satu, Kajang, Selangor

Negeri Sembilan
1) Nor Faa'iza Taib - SK Desa Cempaka, Nilai, Negeri Sembilan

Pulau Pinang
1) Nur Amalina Daud - SK Bayan Baru, Bayan Lepas, P.Pinang

Gambar Kahwin Faa'iza






Tahniah Faa'iza dan Izhan, semoga kekal hingga ke akhir hayat dan diberkati perkahwinan kalian...

Kepada yang lain2, tahu semua dah berapi tengok kawan2 kahwin, baguslah, kalau blh cpt cepatkan, tapi kena betul2 memahami erti perkahwinan sebenar...kta tunggu sape plak lpas ni

Gambar Kahwin Azah








Tahniah Nor Azah & Sham, smoga menjadi keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah....

For Teachers Only


We Are F5