Friday, October 23, 2009

Secalit Tahniah~

Assalamualaikum smua...
Huish... lega rasakan bila sesuatu yang telah di pertanggungjawabkan kepada kita dapat dilaksanakan dengan selamat dan jayanya.. itulah sedikit gambaran bagaimana perasaan kami semua apabila amanah yang di berikan oleh Jabatan Sains kepada kami berkenaan dengan Pertandingan Inovasi Peringkat IPG IPOH telah selesai di laksanakan... syukur alhamdullillah kerna apa yang di rancang telah berjalan dengan lancar dan penuh keredaan dari ILAHI..
Sebenarnya pertandingan Inovasi tersebut bukanlah semata-mata nak menyertai pertandingan dan merebut tempat ke-3, naib Johan @ Johan je tau, tp sebenarnya di sebalik perkataan "Pertandingan" tu terdapat berjuta kelebihan kepada semua... tak kira la orang yang menganjurkan ke, yang merancang ke, yang menguruskan ke, yang melawat ke, yang ambik gambar ke o yang macam2 la... maka rugilah kepada sesiapa yang tidak tahu menilai ape sebenarnya yang tersembunyi di sebalik pertandingan nie...
Bagi saya pertandingan inovasi pada kali ini cukup bermakna kepada rakan-rakan IPG IPOH terutamanya kepada keluarga tersayang PISMP F5... emmm... nak tau kenapa? haa..... mai nak habaq mai... Melalui menda-menda macam nie la yang sebenarkan akan mengeratkan perhubungan kami adik-beradik sekeluarga supaya bertambah akrab antara satu sama lain.. Apa yang telah kita semua lalui membuatkan saya bertambah cintakan anda semua (lop U all guyz).... Juga tak boleh nak di sangkal kan lagi la, aktiviti2 mcm nie sebenarnya juga akan membuatkan perhubungan kita dengan akak2, abg2 senior dan juga adik2 junior bertambah utuh lagi.. lagi satu, lecturer pun akan seronok bile tengok anak2 didikannya sudah boleh berdikari dengan sesuatu yang macam nie...
Apa yang penting sekali, sebagai seorang bakal guru kita hendaklah cuba untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak didik di sekolah nanti... sebelum tu, kita sendiri mesti la mempersiapkan diri kita supaya boleh melakukan yang terbaik nanti... macmmane tu??? macammane lg, mcm nie la.... dengan menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak2 institut atau pihak2 yang lain sebenarnya kita sedang melatih diri kita untuk jadi yang terbaik...
Untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, kita mestilah bijak dalam semua perkara.. errkkk... maksudnya kita nie kena jadi seorang yang kreatif la semasa mengajar nanti... nak suruh jadi pelakon? orite... menyanyi?? ok jer.... Penyajak??? boleh gak... Menari???? ahh... senang je... Ahli sukan?? apa salahnya... Penyiasat??? settle... haa.... itulah beberapa contoh mcmmane nk jadi kreatif... maksudnya kita cekgu-cekgi nie kenalah bersikap fleksible di dalam kelas... baru la pelajar enjoy semasa proses pengajaran dan pembelajaran tu...
O.k la, rasanya setakat ini sahaja dulu bagi percubaan pertama saya menulis dalam blog nie k... harap2 lepas nie, penulisan ini akan menjadi lebih berinformasi dan mantap lagi lepas mendapat sebarang komen dan nasihat dari rakan-rakan yang membaca... bye.. (O_*)

No comments:

Post a Comment


For Teachers Only


We Are F5