Wednesday, October 21, 2009

Crime Scene Investigation.....Tahniah F5!!!


PERTANDINGAN INOVASI IPG KAMPUS IPOH 2009

Tarikh:
21 Oktober 2009

Tempat :
Hadapan Dewan Seri Melati

Masa :
9.00 pagi - 2.00 petang

Anjuran :
Jabatan Teknologi Pendidikan IPG Kampus Ipoh

Sempena Pameran Inovasi 2009, Jabatan Sains telah menyerahkan tanggungjawab kepada PISMP Sains F5 Ambilan Januari 2008 untuk mengendalikan pameran mewakili Jabatan Sains. Di bawah pemantauan En. Kao Thuan Keat, Pensyarah Akademik Jabatan Sains, kami telah merancang melakukan sebuah PEMBUNUHAN!!! Hah! Bukan setakat pembunuhan, kami juga akan menjadi Detektif-Detektif yang TAK BERTAULIAH bagi merealisasikan idea mengadakan "Crime Scene Investigation (C.S.I)" pada pameran tersebut.

Bunyi macam 'advance' semacam je, tapi kami punya objektif-objektif tersendiri bukan omongan kosong seh, antaranya:

1) Mengajar kemahiran-kemahiran dalam 'Science Process Skills' yang mempunyai asas dalam pembelajaran Sains pada peringkat sekolah rendah

2) Mewujudkan pembelajaran yang berbentuk konstruktivisme dan 'discovery-inquiry' kepada para pelajar melalui aktiviti penyiasatan

3) Menerapkan nilai-nilai moral tentang keburukan sesuatu pembunuhan

4) Melatih kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis

5) Melatih kepimpinan dan meningkatkan kemahiran cara penyampaian di kalangan fasilatitor-fasilatator

Perhh...jangan main2..ini serius......

Terdapat 5 stesen dalam pameran ini yang diwakili oleh 3 orang pelatih PISMP Sains F5

1) Thread Lightly (Footprint Investigation)

Stesen ini dipertanggungjawab kepada Nadiah Ahmad, Nor Azah dan Muhd Izzat...
Tugas diorang ni tak de kerja lain, ambik kasut orang tekup atas kertas sampai Bita (Izzat) injured mata buat keje2 tuh...

However, well done kepada mereka kerana berjaya mewujudkan penyiasatan tapak kasut yang hebat dan menarik...Dalam stesen ni, pengunjung perlu menggunakan kemahiran "predicting' (meramal) dan communicating iaitu membuat perbandingan kepada tapak-tapak kasut suspek yang dijumpai...

Stesen Footprint....
Gadis atas: Wah....hensemnya PM arini...
Gadis bawah: Best! Cubalah produk kami hari ni jugak...



2) Button Fever

Tak cukup lagi demam raya Deepavali, Detektif Shamla meneruskan demam 'button' pulak. Dia yang terpaksa bergegas pulang ke ibu pejabat setelah mendapat berita pembunuhan tersebut. Dia yang bergandingan dengan kawan baiknya yang hanpir sama kaler dengannya, ery...(jangan mare ye ery) telah menemui butang pada tangan mangsa semasa pembunuhan. Penyiasatan dan analisa telah dibuat dan 4 butang suspek telah diambil untuk dibuat siasatan lanjutan. Dalam setesen ini kemahiran yang diperlukan ialah observing, infering and interpreting data.

Sesi penilaian
Ery: Ok..sini kito ado bute2..eh..sory.. (terlebih makan budu ke??)


3) Positive Print

Masih belum cukup lagi bukti-bukti yang ada, kini para penyiasat perlu melakukan ujian cap jari pula kepada kesemua alatan-alatan yang berkaitan dengan mangsa. Para penyiasat telah dibantu oleh kumpulan pakar pengesan cap jari yang diimport dari Mongolia, Detektif Fatul, Detektif Saleh dan Detektif Wawa...Beberapa klu telah didapati daripada analisa cap jari tersebut.

Ketua Jabatan Sains yang memerhatikan hasil siasatan cap jari kumpulan Fatul...
KJ : eh..macam cap jari aku je??@!#


4) Poisoned Letter

"Beware, I will kill You!!!". Itulah yang tertulis pada surat yang ditemui mangsa sebelum dia dibunuh. Sudah pasti penulis surat ini ada kaitannya dengan pembunuh Siti dan Detektif Ehsan Jimi dan Jiji telah melakukan uji kaji menggunakan teknik kromotografi bagi mengesan jenis dakwat dan membandingkannya dengan pen-pen suspek. Ternyata ada persamaan !!!

Dari meja Poisoned Letter
Detektif bertali leher: Baca bismillah dahulu sebelum kita memulakan ujian ini ye...
Detektif berjubah putih: Ooo...ye2...baik ustaz...


5) Strangled Rope

Sebelum membuat konklusi, para penyiasat terlebih dahulu perlu menyelesaikan satu lagi stesen iaitu stesen terakhir yang diketuai oleh Detektif Mina, Mizah dan Azrul bagi membandingkan kesan jerutan tali pada leher mangsa dengan tali-tali yang berkaitan dengan suspek. Penelitian dan kemahiran meramal sangat penting ketika ini.

Stesen Strangled Rope
Mari-mari tengok tali, macam-macam jenis tali ada....(tali gantung ade x??hehe)


Kemudian barulah mereka boleh menentukan siapkah pembunuhnya. Ternyata suspek yang mempunyai banyak kaitan dengan siasatan-siasatan yang dilakukan adalah.......



NADIA !!! anak si mangsa sendiri

Tahniah kepada penyiasat2 yang telah berjaya menyelesaikan kes ini dan mendapat penghargaan tempat pertama dalam Pameran ini. Semoga kegemilangan ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan. Go F5!!!

Educate! Inspire! Evolve!


Komen: Bagi saya, pameran atau aktiviti berkonsepkan penyiasatan ini sangat baik dan wajar dilakukan oleh guru-guru sains di sekolah rendah. Ini kerana ia bukanlah aktiviti yang kompleks dan memerlukan banyak persiapan. Guru hanya perlu pandai mengolah cerita tersebut supaya lebih mencabar pemikiran pelajar. Selain menyeronokkan, ia mampu mengajar pelajar kemahiran berfikir secara kritikal dan membuat penerokaan sendiri selain mengaplikasikan kemahiran-kemahiran proses sains.

Siti yang dijumpai terbunuh di dapur rumahnya....siapakah pembununya??!!


Pendaftaran. Komen para pengunjung turut diambil


Mastermind Pameran ni...Mr Kao


Para pengunjung yang datang...Yes! Berjaya selesaikan kes ni...dah tahu sape pembunuhnya!


Cik Aina sedang melihat sesuatu menerusi mikroskop mini...tengok mende tu???



Bergambar bersama PM (Project Manager)...PM, Pok Jak & Pekja


Ujian kromatografi untuk mengesan dakwat pada surat layang



Tidak ketinggalan, Tuan Pengarah IPG Kampus Ipoh turut meluangkan masa melawat tapak pameran kami...terima kasih Tuan Haji...


Saat Kegemilangan....Johan Pertandingan Inovasi 2009 jatuh kepada JABATAN SAINSSS!!!!!

No comments:

Post a Comment


For Teachers Only


We Are F5