Tribute Untuk Keluarga Kami
Kami menerima ijazah di sidang ketiga konvokesyen di PICC pada 14 Mac 2012 (Rabu) dan semua diiringi oleh keluarga masing-masing berkongsi kegembiraan kami. Tanpa didikan, asuhan, pengorbanan material dan kasih sayang entah apalah nasib kami...mungkin ada juga yg akan berterima kasih kpd mak dan ayah kerana memaksanya menjadi cikgu dulu...=)
Tidak lupa pensyarah-pensyarah dari IPGK Ipoh turut hadir antaranya Ketua Jabatan Sains IPGKI, Tn Hj Lokmanhakim b Ab Wahid yg menjadi wakil tunggal Jabatan kesayangan kami Jabatan Sains, En. Zulkifli, Pn Radiah dan beberapa orang lagi.
Tribute Untuk Pensyarah Kami
Terima kasih yg tak terhingga kepada guru-guru kami atas didikan dan tunjuk ajar selama 5 tahun setengah di kampus Ipoh sehingga kesemua kami kini bergelar pendidik. Tanpa nasihat, teguran, sokongan dan leteran anda para pensyarah kami terutama pensyarah-pensyarah Jabatan Sains berkemungkinan kami tidak dapat menggenggam ijazah hari ini...terima kasih:
....Tn Hj Lokman, Pn Enchum, Cik Hjh Norhayati, Dr Ooi, Miss Ho, En. Manimaran, En. Kao, Pn Badariah, Pn. Rajeswari, Miss Kua, Pn Hafsah, Pn Noraini, Mr Mah, Pn Hasnira, En Taufik dan ramai lagi yg tak tersebut di sini...hanya Allah sahaja yang dpt membalas jasa dan pengorbanan anda semua!!!
Tribute Untuk Kami
Mendapat segulung ijazah diharap bukan penamat kepada perjuangan mencari ilmu, yg sebenarnya tiada noktah atau penamat untuk terus belajar sehingga kita menemuiNya....dan semoga hubungan antara kita semua terus kekal selama-lamanya, teruslah membantu sesama kita..GO F5!!!
Educate! Inspire! Evolve!
(tiada dalam gambar Midat, Mizah dan Saleh)













