Thursday, March 15, 2012

Kami Dah Grad!!!

Alhamdulillah dengan izin Allah, kami seramai 19 orang bekas pelatih guru PISMP Sains Ambilan Januari 2008 telah selamat bergraduasi dengan jayanya. Akhirnya sekeping ijazah berjaya digenggam setelah melalui pelbagai pengalaman dalam pengajian selama 5 tahun setengah di IPG Kampus Ipoh. Tahniah semua kawan2!!!

Tribute Untuk Keluarga Kami

Kami menerima ijazah di sidang ketiga konvokesyen di PICC pada 14 Mac 2012 (Rabu) dan semua diiringi oleh keluarga masing-masing berkongsi kegembiraan kami. Tanpa didikan, asuhan, pengorbanan material dan kasih sayang entah apalah nasib kami...mungkin ada juga yg akan berterima kasih kpd mak dan ayah kerana memaksanya menjadi cikgu dulu...=)

Tidak lupa pensyarah-pensyarah dari IPGK Ipoh turut hadir antaranya Ketua Jabatan Sains IPGKI, Tn Hj Lokmanhakim b Ab Wahid yg menjadi wakil tunggal Jabatan kesayangan kami Jabatan Sains, En. Zulkifli, Pn Radiah dan beberapa orang lagi.

Tribute Untuk Pensyarah Kami

Terima kasih yg tak terhingga kepada guru-guru kami atas didikan dan tunjuk ajar selama 5 tahun setengah di kampus Ipoh sehingga kesemua kami kini bergelar pendidik. Tanpa nasihat, teguran, sokongan dan leteran anda para pensyarah kami terutama pensyarah-pensyarah Jabatan Sains berkemungkinan kami tidak dapat menggenggam ijazah hari ini...terima kasih:

....Tn Hj Lokman, Pn Enchum, Cik Hjh Norhayati, Dr Ooi, Miss Ho, En. Manimaran, En. Kao, Pn Badariah, Pn. Rajeswari, Miss Kua, Pn Hafsah, Pn Noraini, Mr Mah, Pn Hasnira, En Taufik dan ramai lagi yg tak tersebut di sini...hanya Allah sahaja yang dpt membalas jasa dan pengorbanan anda semua!!!

Tribute Untuk Kami

Mendapat segulung ijazah diharap bukan penamat kepada perjuangan mencari ilmu, yg sebenarnya tiada noktah atau penamat untuk terus belajar sehingga kita menemuiNya....dan semoga hubungan antara kita semua terus kekal selama-lamanya, teruslah membantu sesama kita..GO F5!!!


Educate! Inspire! Evolve!

F5 Forever


F5 di hari konvokesyen, gambar kenangan sampai bila-bila, once a lifetime moment
(tiada dalam gambar Midat, Mizah dan Saleh)



....Cikgu Faa'iza....


Aina cikgu KL...


Orang Sarawak, Cikgu Azmi...

Cikgu yang gembira sokmo, Cikgu SK Taman Gembira, Cikgu Nadiah...


Cikgu soho cikgu eyie...



OKB...Cikgu Izzat..


Bakal GB...Cikgu Hazizi...


Cikgu Mina, Wawa dan Sahana....maintain


Cikgu Azah kiri sekali bakal bergelar ibu bersama bakal pak cik dan mak cik-mak cik, Cikgu Pok Jak, Mina, Wawa, Sahana....


Cikgu dr N.Sembilan, KL, Selangor dan Sarawak



Abang besar seberang...Cikgu Fatul...


......Cikgu Rafiq.....


Cikgu Midat...tiga dari kiri....





2 comments:


For Teachers Only


We Are F5